Rukun dan Syarat Nikah Menurut Agama Islam 

Penulis duwi Pebrianti | Ditayangkan 25 Jul 2018


Rukun dan Syarat Nikah Menurut Agama Islam Pernikahan via mediangaji.com

Ketahui terlebih dahulu rukun dan syarat nikah menurut ajaran islam, sebelum Anda menikah, agar rumah tangga Anda tetap langgeng hingga akhir hayat.

Syarat nikah dalam islam dimulai dari memastikan calon pasangan, melangsungkan khitbah, dan melakukan ijab qobul agar pernikahan sah. 

Dalam Islam, pernikahan adalah sesuatu yang sakral. 

Bahkan, pernikahan dianggap sebagai salah satu ibadah. Seperti setiap ibadah dalam menjalankan kewajiban Allah SWT.

Allah SWT menetapkan syarat-syarat yang bisa menciptakan kelanggengan pernikahan. 

Ini merupakan hikmah dan rahasia Allah dalam pernikahan yang sakinah mawadah warahmah. 

Jika anda ingin menikah dalam waktu dekat ini anda juga harus mengetahui beberapa syarat nikah agar pernikahan Anda tetap langgeng hingga ajal yang memisahkan.

Sebuah akad nikah dikatakan sah jika memiliki syarat nikah berikut: Ta'yin Az Zaujain, adanya keridhaan dari orang tua. 

Sebelum kita mempelajari tentang rukun dan syarat nikah. 

Maka kita harus mengetahui hukum nikah terlebih dahulu. 

Hukum nikah dalam agama islam itu sunnah, inilah rukun dan syarat nikah menurut syariat islam yang benar.

Rukun dan Syarat Nikah Menurut Agama Islam Samawa via safaridakwah.com

Rukun & Syarat Sah Nikah

Rukun nikah:

  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)

Syarat Sah Nikah

Syarat bakal suami:

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri:

  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang

Syarat wali:

  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya.

*Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. 

Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. 

Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini.

 Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Syarat-syarat saksi:

  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka.

Syarat ijab:

  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan).

* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:

"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul:

  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain.

* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):

"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Video Pernikahan

Nah, itulah rukun dan syarat nikah menurut syariat islam, bagi Anda yang akan menikah ketahui terlebih dahulu rukun dan syarat sah nikah, dan semoga Anda diberi pernikahan yang sakinah mawadah warahmah. Amin

SHARE ARTIKEL