Inilah Alasan Mengapa Rasulullah Menyuruh Menutup Majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr

Penulis duwi Pebrianti | Ditayangkan 31 Aug 2018

Inilah Alasan Mengapa Rasulullah Menyuruh Menutup Majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr
Penutup via ehbloger.blogspot.com

Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk menutup  majelis dengan membaca tasbih kifarah dan surah wal-asr? Begini alasannya.

Tasbih Kifarah disebut pula Kaffaratul Majlis atau do'a penutup majlis. Dari Abu Barzah Al-Aslami, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata di akhir majelis jika beliau hendak berdiri dan mengakhiri majelis beliau selalu membaca tasbih kifarah dan surah wa-asr.

Tasbih kifarah salah satu tasbih penebus dosa. Kenapa kita perlu baca Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr selepas tamat majlis? Inilah Alsan Mengapa Rasulullah Menyuruh Menutup Majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr, simak penjelasannya dibawah ini.

3 Sebab Harus Menutup Majelis dengan Membaca Tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr

1. Dihapuskan dosa.

Abi Jabir bin Mat’am melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Sesiapa yang membaca

سبحان الله و بحمده سبحانك اللهم و بحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك و أتوب إليك

selepas majlis, dihapuskan dosa keatasnya.”
(Hadith ini direkodkan oleh Hakim al-Naisaburi dalam Mustadrak al-Naisaburi, kitab Doa dan Takbir, juz 1, no hadith 1970 dan status hadith sahih mengikuti syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkan dalam Sahih Muslim).

Jelaslah, dalam hadith ini, Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita membaca Tasbih Kifarah untuk dihapuskan dosa selepas majlis. Sepanjang kita berada di dalam majlis mungkin kita ada melakukan dosa secara sedar ataupun tidak sedar.

2. Surah Al-Asr menerangkan arti kerugian.

Meneroka pengertian Surah Al-Asr, Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya tiada surah lain diturunkan, memadai surah ini diturunkan kerana di dalamnya terkandung pengajaran yang besar. Surah ini menerangkan tentang manusia yang sentiasa berada dalam kerugian.

Al-Nabusi mengajak kita berfikir apakah yang dimaksudkan dengan kerugian? Dalam perniagaan, kerugian didefinasikan sebagai hasil yang kurang dari modal. Dalam kehidupan, kerugiaan adalah individu yang menggemblengkan masa dan tenaga tetapi tidak menghasilkan sesuatu.

3. Surah Al-Asr menerangkan arti penjanaan.

Surah Al-Asr bukan sekadar mengajar kita tentang masa, tetapi penjaan hasil iaitu perahan masa yang kita habiskan sehingga menghasilkan sesuatu. Asr ini mirip dengan perkataan Asir, perkataan bahasa Arab yang bermaksud perahan jus buahan yang menghasilkan minuman yang enak.

Dengan ini, benarlah kata-kata Imam Syafie tadi bahawa memadai dengan surah ini, telah lengkap pengajaran. Pengajaran yang memberi implimentasi iaitu menghasilkan tindakan dari mutiara yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, majlis yang kita sudahi dengan Surah Al-Asr itu akan mengigatkan kita tentang tindakan seterusnya yang membuahkan hasil. Kebiasaannya selepas majlis kita pasti akan minum teh tarik dan borak kosong sahaja.

Nah, itulah sebab-sebab mengapa kita harus menutup majelis dengan membaca tasbih kifarah dan surah wal-asr, mari kita sama-sama mengamalkan tasbih kifarah dan surah wal-asr ini, selepas majlis terus baca Tasbih Kifarah dan Surah wal-asr. Sambil baca, kita hayati makna setiap bait bacaan kita. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
SHARE ARTIKEL